Jumpa dengan Adik Miza, ramai yang perasan Shuib tak lepas pandang muka adik yang wajah mirip Siti Sarah

Pelawak dan penyampai radio Shuib menunaikan janji bertemu dengan kanak-kanak yang mirip wajahnya seperti Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu adik Nur Miza Najla Mustaffa. Menerusi hantaran di TikTok, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Mokder berkongsi video yang memaparkan momen Shuib, 39, dan adik Miza bertentang mata di sebuah restoran. Dalam pertemuan berharga itu, Shuib ditemani isterinya, Watie Hanifiah bersama anak-anak serta Raisuddin Hamzah. “Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kali ini bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan.” Klik sini untuk lihat video.

Apa yang menarik perhatian warganet apabila Shuib menyebut perkataan ‘ibu’ ketika adik Miza masuk ke ruang makan dan matanya ‘tidak lari’ dari terus memandang. Di ruangan komen, rata-rata peminat sebak melihat respon spontan pemilik nama Shahmira Muhammad yang rindu dengan arwah Siti Sarah. Sebelum ini, Raisuddin sanggup meredah perjalanan selama tujuh jam bertemu seorang kanak-kanak seiras anak perempuan tunggalnya. Terdahulu Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata Uwais lqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Kemudian, Shuib berkahwin dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.