Pelakon berbakat besar, Maya Karin mendedahkan antara punca dirinya berhenti daripada menuntut ilmu di peringkat diploma adalah disebabkan penyarah kerap membatalkan kuliah. Maya dalam satu hantaran di laman Twitter miliknya berkata, dia sering menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir. “Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar diploma. Asyik sampai kelas hanya untuk dapat nota memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir,”dedahnya.
Pemilik nama Maya Karin Roelcke berkata, keputusan untuk berhenti diploma dibuat bagi mengelakkan berlakunya pembaziran wang ibu bapanya dan kemudiannya fokus untuk bekerja mencari sumber pendapatan dan pengalaman. “Jadi, daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti dan buat kerja teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk ke dunia industri hiburan,”katanya lagi.
Pelakon kacukan Melayu-Jerman itu mendedahkan menerusi isu sohor kini mengenai tiga pelajar Sabah berjaya memenangi kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada tahun 2017. Pendedahan tersebut mendapat perhatian ramai dan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama di mana kelas sering dibatalkan oleh pensyarah.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.