Sejak mula diperkenalkan pada 25 Julai lalu, ramai peminat tegar Kumpulan K-pop BLACKPINK mula membanjiri Starbucks bagi mendapatkan setiap koleksi kolaborasi bersama seawal jam 6 pagi. Malah, ramai juga kelihatan gembira menunjukkan setiap barangan dan aksesori BLACKPINK+STARBUCKS yang berjaya dimiliki di media sosial mereka, lebih-lebih lagi peminat yang berhasil mendapatkan tumbler pilihan salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Lisa. Namun, lain pula yang dialami oleh salah seorang pengguna TikTok apabila dia berkongsi khabar duka mengenai keadaan tumbler idaman Lisa BLACKPINK atau nama sebenarnya Lalisa Manobal. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @maksu.__, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila ‘Rhinestones’ yang terdapat pada tumbler bernilai RM478 sudah tercabut satu. “Baru sehari (beli) korang, macam mana boleh hilang? Aku nak bagitahu, video kali ini agak mengecewakan untuk semua orang,”katanya. Apa yang lebih membuatkan hati wanita itu sedih adalah dia baru sahaja membeli tumbler berkenaan pada dua hari lalu (sehari sebelum video dimuat naik), hasil daripada menunggu sejak semalam sehinggalah ke Subuh sementara menunggu kedai kopi berkenaan dibuka.
Ujarnya yang juga seorang pempengaruh media sosial, sebaik sahaja membeli tumbler ‘kayangan’ berkenaan dia tidak membawa ia pergi ke mana-mana kecuali membawa keluar dan masuk semula ke dalam kotak terbabit berkali-kali. Katanya lagi, tumbler tersebut juga tidak pernah lagi ‘tercemar’ dengan sebarang cecair dan hanya dipegang seramai tiga orang yang dipercayainya sahaja. “Untuk pengetahuan semua, botol (tumbler) ini tak kena air dan bukan di tangan orang yang ramai. Tangan aku, Nina dan Pikah. Itu sahaja ya. Korang tengok (katanya sambil menunjukkan keadaan tumbler, hilang satu manik). Saya tiada idea, korang ini. Yang ini pun, sebelah ini dah mulai longgar, aku risau,”luahnya.
Dia turut berseloroh dan mendakwa Lisa BLACKPINK tidak menghasilkan tumbler berkenaan secara teliti sehingga menyebabkan salah satu butir ‘Rhinestones’ boleh tercabut hilang. “Ini nak buat macam mana ni? Aku nak salahkan siapa ni? Lisa, hang buat tumbler tak gam elok-elok nohh. Aku harap tiada bahagian lain yang akan terlonggar-longgar ke apa kan,”ujarnya. Setakat ini, video berkenaan telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan, 43,500 lebih tanda suka dan 682 pelbagai jenis komen, baik positif mahupun negatif.
Untuk pengetahuan, penjualan barang-barangan BLACKPINK hasil kolaborasi bersama itu sudah mendapat perhatian ramai sebelum ia mula dijual secara umum, dengan menawarkan 10 barangan ekslusif yang berbeza. Antaranya adalah cawan sejuk, tumbler, cawan seramik, beg tote, kunci cincin, bekas passport dengan gabungan warna merah jambu dan hitam, sinonim dengan warna rasmi Blackpink. Setiap pelanggan boleh mendapatkan barang-barangan tersebut dengan harga serendah RM108 di semua cawangan kedai kopi popular tersebut.
Sumber: Omm, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.