Kemunculan kelibat aktor kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin yang juga suami kepada aktres jelita, Rozita Che Wan di car boot sale di Kota Damansara hari ini membuatkan ramai terkejut dan tidak menyangka. Mana tidaknya, Zain atau nama penuhnya Mohamad Zain Mohd Saidin dilihat menjual dan membuat lelongan semua baju terpakai milik isterinya di hadapan kereta dalam keadaan longgok. Apa yang membuatkan orang ramai, terutama warganet terkejut adalah aktor berusia 39 tahun itu menjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu serendah RM5 sahaja. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fybaharuddin sempat berseloroh dalam coretan kapsyen hantarannya. “Suami jual baju isteri,”selorohnya berserta emoji ketawa. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan masih tidak percaya melihat pelakon siri hiburan pendidikan Oh My English! menjual pakaian milik isterinya secara lelong.
Tidak kurang juga ada yang melawak kerana tidak dapat membayangkan nasib Zain Saidin sekiranya diketahui oleh isterinya. Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka berkemungkinan tidak dapat membeli meskipun dijual pada harga murah jika hendak dibandingkan dengan tubuh badan jelitawan berusia 50 tahun itu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.