Dengan sekali lafaz, penyanyi popular Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai MZ pada jam 10.27 pagi Sabtu di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur. Menurut laporan, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu ND lala dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein. Pada majlis tersebut, Ubai menyerahkan RM20,000 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pengantin perempuan selain merahsiakan jumlah wang hantaran.
Disoal mengenai bulan madu, Ubai atau nama penuhunya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, mereka belum mempunyai perancangan oleh kerana jadual kerja yang padat. “Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” katanya. Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan rapat termasuk rakan artis antaranya Marsha Milan, Amylea Azizan, Jaclyn Victor, Fara Fauzana, Zara Zya, dan Jihan Muse.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat pada 27 Mei lalu. Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun berpisah empat tahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.