Fyna kini mungkin masih dalam tempoh bertenang. Saya pun sudah tiga bulan ‘lost contact’ dengannya. Dia menghilangkan diri. Tak jawab telefon dan tak jawab mesej juga,” kata penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 31, mengenai situasi terkini adiknya, Fyna Jebat, 29.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat ketika ditemui berkata, dia tidak terkejut dengan tindakan adiknya itu kerana menyifatkan cara Fyna berhadapan masalah memang sebegitu yang lebih membuatkannya selesa.
Sebenarnya kira-kira dua bulan lalu, dia memang ada menelefon saya, tapi ketika itu saya tidak sempat menjawab panggilannya sebab sibuk dengan penggambaran drama. Saya ada minta dia hubungi semula pada waktu malam, namun dia terus senyap sampai sekarang.
Saya pun kalau boleh tak mahulah masuk campur dalam kisah hubungan peribadi dia. Bagi saya, jika dari segi karier seni kalau nak suruh buat lagu ke atau berlakon, dia boleh datang kepada saya untuk bantuan,” katanya. Ditanya status Fyna yang sudah bercerai dengan suami yang juga bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, Ayda berkata, mereka memang sudah bercerai.
Fyna sebenarnya masih tidak biasa dengan media dan netizen. Jadi, saya rasa dia mungkin sedang cuba lari atau cuba faham situasi, tapi saya tak pastilah. Cuma, apa yang saya tahu Fyna kalau tahap tekanan dihadapinya kritikal, dia mesti akan cari saya. Namun, kalau dia berdiam diri dan menyepi itu, bermakna dia dalam keadaan okay saja,” katanya.
Mengulas mengenai tekanan dihadapi keluarganya dengan situasi isu rumah tangga dan perceraian Fyna, Ayda berkata, sebagai keluarga mereka menerima apa saja jalan yang dipilih dan diingini Fyna. Saya harap benda yang jadi ini terbaik untuk Fyna dan orang sekeliling yang turut terkesan dengannya terutama ibu saya. Ditambah lagi, orang yang dia kahwini itu pun seseorang dikenali, ramai kerana bekas suaminya seorang legenda. Dia (Zainal) mesti tahu bagaimana kawal keadaan,” katanya.
Terdahulu, Zainal dan Fyna dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu. Zainal sudah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zalina Zaini pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga anak.
Kisah hangat membabitkan rumah tangga Zainal dan Fyna semakin jadi perhatian ramai selepas Fyna mengesahkan status perkahwinan mereka kepada media ketika menyertai program Famili Duo di TV3. Namun, perkahwinan dibina itu hanya bertahan hampir empat bulan dan berita perceraian mereka mula diperkatakan awal Mei lalu dan disahkan oleh saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.
Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.