Seorang wanita di Australia yang disyaki sengaja menjemput bekas ibu dan bapa mentuanya untuk menghidangkan menu cendawan beracun mendakwa dia tidak tahu makanan tersebut boleh mengancam nyawa, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Dua minggu lalu, wanita itu, Erin Patterson, 48, menjemput bekas mentuanya datang ke rumah untuk makan tengah hari. Beberapa jam selepas menikmati cendawan tersebut, kedua-dua mangsa mengadu sakit perut sehingga terpaksa dihantar ke sebuah hospital di Melbourne.
Beberapa hari lalu, mereka meninggal dunia. Patterson dan anak-anaknya tidak makan hidangan yang sama seperti pasangan tersebut tetapi mereka dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Apabila ditanya mengenai hidangan cendawan itu, Patterson dikatakan gagal menjawabnya dengan jelas.
Berikutan masih banyak yang tidak dapat dipastikan dalam kes itu, termasuk polis tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa makan cendawan beracun tersebut, menyebabkan Patterson tidak menjadi suspek utama pembunuhan. Siasatan bagi kes itu masih berjalan. – Agensi . Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.