Jika anda merupakan golongan ibu bapa, mungkin anda pernah berada dalam situasi yang mana kawan atau keluarga memberi nasihat agar tidak menayangkan gambar anak yang baru dilahirkan di media sosial.
Jika anda pernah mendapat nasihat sebegini, jangan mudah melenting kerana nasihat tersebut mungkin dikaitkan dengan penyakit ain atau lebih mudah dikatakan sebagai penyakit hasad dengki.
Berbahas soal ini, baru-baru ini selebriti dan usahawan popular, Neelofa menafikan foto bayi yang dikongsi di Instagram Story (IGs), malam tadi, adalah putera keduanya, Abdullah Abbas. Penjelasan itu dibuat Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, selepas ramai menyangka foto bayi yang wajahnya didedahkan melalui pantulan cermin adalah anaknya.
Terdahulu, menerusi beberapa entri yang dimuat naik, pengacara Next To Neelofa ini berkongsi foto bayi yang sedang menjalani sesi fotografi serta aksi si kecil meniarap. Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di IG, bulan lalu, Neelofa memaparkan wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil itu.
Sementara itu, bekas pengacara Nona itu turut berkongsi pengalaman mengasuh bayi yang disifatkan kuat meragam itu melalui entri yang memaparkan suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail, 27, sedang mendukung Abbas. Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di Instagram bulan lalu, Neelofa yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot turut ‘belanja’ wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.