PELAKON Fasha Sandha enggan ambil pusing dengan komen sesetengah pihak yang kurang senang melihat video dia sakan menari selepas berjaya menurunkan berat badan. Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, sebaliknya menyifatkan dirinya seorang yang sentiasa ceria dan bentuk tubuh langsing bukan punca dia berani memuat naik video tersebut. “Seorang Fasha Sandha adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy. Gemuk ke, berisi ke, saya tetap joget dan happy. Tiada masa nak edit gambar atau video untuk jadikan saya kurus. Klik sini untuk lihat video.
“Saya tetap bahagia dan ejoy dari dulu hingga sekarang. Jadi fakta mengatakan saya berbeza ketika badan berisi adalah tidak tepat. Saya tetap sama,” katanya. Fasha menjelaskan hal tersebut bagi menjawab komen warganet menerusi sebuah video dia menari sebagai tanda gembira berjaya menurunkan berat badan. Pada video jawapan diberikan, Fasha turut memuat naik kembali video lama aksi dia sedang menari bersama suami, pelakon Aidil Aziz serta dua anak mereka. Dalam pada itu, aktres itu merasakan tidak perlu berasa malu untuk menjadi diri sendiri meskipun berstatus isteri orang.
“Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Pada saya, tak perlu malu jadi diri sendiri. Tiada siapa pun sempurna di dunia ini, tiada siapa layak untuk menilai orang lain. “Lagi malu kalau kelhatan baik tapi bersifat hipokrit, juga selalu iri hati pada orang serta berhati tidak bersih,” ujarnya. Penampilan terbaharu Fasha sering menjadi tumpuan ramai sehingga ada mendakwa dia melakukan operasi bariatrik sebagai jalan pintas menurunkan berat badan. Dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Fasha menjelaskan dia mengamalkan diet serta produk kesihatan sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.