Tular seorang pemuda enggan marah warga emas selepas Ferrari miliknya dilangar

Seorang pemuda di China hanya meminta sedikit ganti rugi daripada seorang lelaki tua kerana melanggar kereta Ferrari miliknya berharga 4.5 juta yuan (RM2.89 juta), lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Gan dari Shanghai dipuji orang ramai kerana bertolak ansur dan tidak memalukan seorang pemandu beca elektrik  yang cuba melarikan diri setelah melanggar keretanya. Dalam sebuah klip video, Ferrari berwarna kuning itu diberhentikan di lintasan pejalan kaki bersebelahan beca elektrik itu selepas pelanggaran kecil berlaku.

Menurut Gan, kemalangan berlaku di kawasan The Bund, kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) 15 Ogos lalu. Walaupun nilai kerosakan dianggarkan mencecah 100,000 yuan (RM64,291), Gun enggan menyusahkan warga emas itu dan meminta ganti rugi cuma 190 yuan (RM122).

Tindakan Gun mendapat perhatian orang ramai di media sosial China. Jelas sekali Gan tidak mahu meminta sebarang ganti rugi daripada lelaki tua itu, dia  hanya mahu lelaki itu belajar dari kesilapannya,” komen seorang netizen. – Agensi. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.