Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @samtillafanclub yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 690 ribu, tanda suka sebanyak 31 ribu dan komen sebanyak 70.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sedang berbicara mengenai perangai anak sulung mereka iaitu Syeriv. Kata Sam, perangai Syeriv lebih sama dengan perangai ibunya.
Bagi yang mengenali Syatilla Melvin sememangnya seorang yang masuk air terutamanya ketika bersama dengan adik-beradiknya. Apa-apa pun semoga kita semua dan keluaraga sentiasa peroleh keberkatan dunia dan akhirat. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.