Nak kecilkan bulatan kawan sebab dah bertudung, Nad Zainal nafikan dakwaan warganet

Sejak kelmarin, kecoh di media sosial apabila pelakon Nad Zainal mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan kononnya sedang bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti yang dahulu merupakan sahabat baiknya. Isu tersebut mula bangkit apabila Nad menerusi satu temu bual menyatakan dirinya memilih untuk tidak fokus kepada mereka yang sudah hilang dari ‘radar’. Kenyataan yang dibuat Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin telah menarik perhatian beberapa artis seperti Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan beberapa lagi.

Sementara itu, seorang individu ada tinggalkan komen pada sebuah hantaran di Instagram milik Nad dengan mendakwa isu berkenaan timbul disebabkan aktres itu mahu mengecilkan bulatan rakannya memandangkan dia kini sudah berhijab. Bagaimanapun, isteri kepada aktor Ungku Ismail itu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya masih berkawan dengan semua orang tanpa mengira latar belakang. Tambah Nad lagi, dia kini hanya mahu mengutamakan keluarga dan memperbaiki diri ke arah kebaikan. Malah dia berharap agar orang ramai tidak perlu mengusutkan fikiran dengan memikirkan punca sebenar salah faham itu berlaku.

“Kawan dengan semua yang baik. Tak kira agama dan pangkat. Semua saya kawan, tapi yang utama ingat keluarga dan sentiasa perbaiki diri. Sudah, jangan kusutkan otak dan fikir kenapa ini berlaku.” Terdahulu, kenyataan yang dibuat aktres Nabila Huda menjelaskan dirinya tidak mengenali Nad telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya. Malah, Nabila mendedahkan akaun Instagram miliknya telah disekat oleh Nad. Selain kenyataan Nabila, aktres Sharifah Sakinah turut memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengatakan dia mahu memadam semua posting yang pernah dibuat sewaktu Nad dimasukkan ke hospital pada November tahun lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Susulan daripada kenyataan Nabila dan Sakinah, wargamaya membuat kesimpulan dengan mendakwa hubungan mereka bersama Nad ketika ini berada dalam keadaan kurang baik. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.