Tambahan pula, kelibat teman lelaki tercinta yang digelar Mr. Doktor dalam perkongsian Instagramnya selain menemaninya ke acara-acara hiburan juga sudah tidak kelihatan. Pelik juga dengan situasi tersebut sebab selalunya Sophia memang akan ‘usung’ kekasihnya di mana-mana.
Beberapa perkongsian Sophia dalam media sosial baru-baru ini yang mahu memiliki lelaki baik satu hari nanti turut menguatkan lagi firasat Diva mengenai dakwaan tersebut. Diva harap hubungan mereka tidaklah putus sebab kedua-duanya dilihat sangat secocok.
Mungkin sebab itulah orang tua-tua pesan, kalau bercinta jangan menunjuk sangat. Tak apalah Sophia, kumbang bukan seekor dan ramai lagi yang menanti. Awak pula lawa! Pesan Diva, kalau sudah putus, move on. Kalau belum, semoga berjodohan hendaknya.
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.