Ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ kembali membuka tudung dan dikatakan berubah kepada perangai asalnya. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, wanita yang berasal dari Indonesia itu kembali tidak bertudung dan berjubah seperti ketika berada di Malaysia semasa dibawah ‘jagaan’ Ebit.
Berdasarkan beberapa klip video di TikTok, Mondy kelihatan ‘free hair’ dan hanya mengenakan topi serta memakai baju berlengan pendek. Perbuatan ibu muda itu juga telah membuatkan pengguna media sosial menyoal tindakan tersebut dan mendakwa wanita itu tidak ikhlas untuk berubah.
Aku sorang je ke perasan masa mula-mula Ebit Lew jumpa Mondy ni, dia memang tak ikhlas pun nak berubah, sedihnya,” tulis @CAHAYA. Manusia berubah berubah sekejap jadi macam ni sekejap jadi macam tu itu la manusia,”kata @oyen gemuk.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Ebit membantu seorang ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang berusia empat tahun seorang diri. Menerusi hantaran di Facebooknya, wanita berusia 21 tahun bernama Mondy itu ditemui tidur di tepi jalan beralaskan kotak.
Ebit kemudiannya membawa Mondy ke Malaysia dan membuat ‘live’ menjual sambal sebelum khabar wanita berkenaan sepi apabila dia pulang ke kampung halamannya. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.