Selepas dua bulan melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepsi bersama suami iaitu Essam Muhammad secara tertutup pada malam Ahad. Di TikTok, Mizz Nina berkongsi detik perkenalannya dengan suami. Menerusi rakaman video berdurasi 1:00 minit, Mizz Nina memberitahu dia mengenali suami pada tahun 2015 di sebuah festival. Pada waktu itu, Essam datang berjumpa dengannya dan memperkenalkan diri. Klik sini untuk lihat video.
“Ramai yang nak tahu bila dan di mana kami berjumpa. Kami berjumpa di sebuah festival dan ianya pada tahun 2015. Pada waktu dia datang kepada saya dan berkata Assalamualaikum, nama saya Essam.” Tambah pelantun suara ‘Take Over’ ini, mereka sempat berbual semasa pertemuan tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh Mizz Nina sekarang. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.