Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah. Sementara itu, perkongsian pelawak Ali Puteh menjadi perhatian apabila seakan memerli Abby yang sebelum ini mengulas isunya bersama Hidayah. Menerusi perkongsian di Insta Story, Ali dilihat memuat naik paparan berita mengenai Abby yang mengulas isunya bersama balu arwah Abam serta berita mengenai Marissa.
Komen Warganet:
Ali turut menulis kapsyen mengatakan sibuk menjaga tepi kain orang akhirnya kain sendiri yang terbuka. Dalam pada itu, menerusi Instagram sebuah portal hiburan rata-rata warganet mengkritik kenyataan Ali itu serta meminta pelawak itu segera melangsaikan hutang kepada Hidayah. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.