Mark Adam anggap diri gagal, sedih bila rumah mertua masih belum siap seperti yang dijadualkan

PENYANYI Mark Adam sedih apabila rumah yang dijanjikan untuk kedua ibu bapa mentuanya masih belum dapat disiapkan seperi dijadualkan. Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 44, menganggap dia seorang yang gagal lantaran hasrat mendiami kediaman tersebut pada sambutan Aidilfitri lalu tidak kesampaian. “Saya gagal kali ini tapi saya reda dan tidak berputus asa. Rezeki milik Allah. Saya beruntung dapat mentua yang cukup penyabar. “Ini keluarga saya. Saya akan kuatkan diri dalam apa sahaja keadaan. Saya janji akan siapkan rumah untuk mak dan abah di masa akan datang. Klik sini untuk lihat video.

“Saya akan berusaha mencari rezeki yang halal dan tidak akan berputus asa untuk siapkan rumah,” katanya. Mark menulis luahan tersebut menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya pada Selasa. Menerusi hantaran tersebut dia turut membuat naik video membawa kedua ibu bapa mentuanya itu melihat keadaan rumah yang masih dalam proses pembinaan. Dalam video berkenaan, Mark juga dilihat menyiapkan bapa mentuanya yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Tambah penyanyi lagu Marry Me ini, hatinya cukup sayu setiap kali bertemu ibu bapa mentuanya. “Setiap kali mak dan abah minta pulang ke rumah asal mereka, hati saya akan pecah. Saya tahu mereka sedih walau tak tunjuk. “Bukan senang nak jadi ketua keluarga, tambahan pula ada tiga ke empat keluarga yang kena jaga. Saya terima… Selain penghibur inilah agaknya tujuan saya hidup dalam dunia,” ujarnya. Rumah untuk kedua ibu bapa mentuanya itu masih belum disiapkan susulan kontraktor melarikan diri pada Februari lalu walaupun sudah menerima bayaran penuh. Disebabkan kejadian itu Mark memberitahu dia terpaksa melakukan kerja-kerja permbinaan sendiri secara berperingkat.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.