Kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Sabah dan Sarawak dalam Kembara Kenali Borneo telah menghadirkan pelbagai cerita menarik. Ketika ini, baginda, Raja Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda telah berada di Sarawak sehingga 13 September nanti bagi bertemu rakyat di negeri Bumi Kenyalang itu. Pastinya perkongsian daripada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Instagram menjadi perhatian ramai demi melihat kemeriahan di Sarawak. Antara yang jadi tumpuan adalah perkongsian baginda yang memuat naik selembar kertas yang bertulis nama anak-anak yang diperoleh daripada salah seorang rakyat Sarawak.
Menurut tulisan di kertas tersebut, dia sudah beberapa tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, dia meminta agar YDP Agong untuk membantunya memilih nama anak yang sesuai untuk diberikan jika dia dikurniakan zuriat pada tahun hadapan. Dapat dilihat yang YDP Agong telah memilihkan nama-nama buat bakal anak pasangan Sonny dan Naldiana untuk anak pertama mereka nanti.
Bukan hanya itu, nama untuk anak perempuan dan juga lelaki sudah ditanda sebagai persediaan untuk mereka menimang cahaya mata. Susulan daripada itu, Tengku Hassanal telah mengucapkan semoga berjaya untuk memperolehi zuriat buat pasangan tersebut. Perkongsian berkenaan adalah salah satu momen yang menarik sewaktu Kembara Kenali Borneo yang bermula dari 3 September dan bakal tamat pada 13 September 2023. Bermula di Sabah dan akan berakhir di Sarawak, YDP Agong telah membawa hampir kesemua anakanda-anakanda baginda untuk sama-sama bertemu dengan rakyat.
Sambutan di sana juga begitu meriah dan rakyat tidak putus-putus berdiri di pinggir jalan untuk bertemu dengan Ketua Negara Malaysia yang disayangi ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.