HUBUNGAN jarak jauh (PJJ) bukan semudah yang disangka. Jika iman tidak kuat, rumah tangga yang terjalin selama bertahun-tahun pun boleh musnah. Ada lelaki yang bekerja ‘separuh mti’ di luar kawasan demi mencari nafkah untuk isteri, tetapi tidak dihargai. Begitulah nasib malang dialami seorang suami mengenai perkahwinan yang dibinanya sejak lapan tahun lalu. Menerusi satu luahan di media sosial, dia yang bekerja dalam bidang perkapalan terpaksa berjauhan dengan isterinya, dan hanya pulang ke rumah sekali dalam tempoh empat atau lima bulan.
Namun dia akhirnya menyedari sesuatu mengenai isterinya ketika pulang bercuti, baru-baru ini. “Aku kerja kapal balik empat ke lima bulan sekali. Dua hari lepas aku nampak dia hantar video tak senonoh kepada bos dia dekat Telegram,” luahnya. Lebih menyedihkan, si suami turut mendakwa isterinya juga pernah terlanjur dengan majikan itu. “Sedihnya apabila aku baca chat mereka dah r**en. Aku kerja macam nak mti, ini yang aku dapat?” soalnya penuh kecewa. Dia tidak menyangka isterinya sanggup berkelakuan tak setia sedangkan selama ini diberi nafkah hampir mencecah lima angka setiap bulan.
“Sebulan nafkah, aku kasi RM8,000,” ujarnya. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia dalam pertimbangan untuk melepaskan isterinya. “Aku fikir nak pisah je ni. Apa salah aku? Pertama kali aku ‘koyak’ macam ni. Duduk laut berbulan tapi bini kau r**en dengan jantan lain,” katanya dengan nada kesal. Rata-rata warganet berang dengan perangai isterinya, malah ada yang tidak sanggup untuk membayangkan situasi yang dialami suami malang ini. “Dapat RM8,000 ‘percuma’ setiap bulan pun tak setia. Lepas tu kerja pula dapat pendapatan tambahan dah situ. Nikmat apa lagi yang kau nak dustakan wahai manusia.
“”Dia macam tak cukup kasih sayang ke apa? Nafkah suami dah bagi RM8,000. Tak bersyukur pula. Tak faham aku. Kalau tak boleh PJJ, jangan cari pasangan yang PJJ,” komen warganet. Sementara itu gara-gara pemberian nafkah bulanan yang boleh dianggap lumayan, ramai dalam kalangan warganet yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada lelaki berkenaan. “Nak jadi bini dia, pasti aku setia. Saja cakap aku single lagi, kalau dia nak cari isteri baharu,” komen yang lain. Perkongsian di laman X @meinmokhtar menjadi tular sehingga dikongsi lebih 2,00 kali.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.