Berita perpisahan kakak kepada selebriti tersohor, Neelofa iaitu Noor Nabila bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Isu tersebut turut mendapat perhatian bekas suami Nabila iaitu aktor Sharnaaz Ahmad. Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) pada Isnin, Sharnaaz menyifatkan Nabila seorang wanita yang tabah dalam menempuh dugaan. Kata pelakon berumur 39 tahun, dia yakin Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor tidak mahu melalui proses perpisahannya lagi namun apakan daya ini adalah ujian yang sudah diatur Allah SWT. Klik sini untuk lihat video.
“Mommy Jebat okey, insya-Allah jangan risau. Dia strong lady. Dia kena hadap benda-benda macam ini, bukan kita minta. Kita kena terima dalam hidup. Macam saya cakap tadi, Tuhan dah bagi macam-macam dekat kita. Dia bagi yang best, kita buat-buat tak nampak. Tapi dia bagi yang tak best, kita nampak pula. Tuhan tarik sikit.. nak bagi kita pening.” Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad turut mengingatkan kepada orang ramai untuk tidak menyibuk urusan orang lain.
“Nanti Tuhan bagi sinar yang best. Sentiasa fikir positif saja. Kadang-kadang kita manusia ini, jangan menyibuk sangat hal orang. Hal kita pun Tuhan tulis juga. Jangan terlampau keterlaluan nak kata macam-macam.” Pada Isnin, Nabila dan Emran sah berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 12.51 tengah hari. Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.