Pelakon Zoey Rahman sekali lagi meraih perhatian umum apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh warganet terhadap dirinya. Menerusi soalan tersebut, Zoey ditanya, kenapa wajahnya kini tidak sekacak dahulu dan tidak lagi mempunyai raut baby face. Tidak melatah, Zoey kemudian membalas pertanyaan berkenaan menerusi sepotong rakaman video. “Awak, dulu umur saya 20 tahun. Gerak Geri Gasing masa tu saya belum akhil baligh lagi. Klik sini untuk lihat video.
“Sekarang umur saya dah 40 tahun awak. Nak baby face apa? Sekarang dah jadi bapa-bapa dah,” katanya sambil tertawa. Untuk rekod, Zoey pernah mengacarakan rancangan interaktif kanak-kanak Gerak Geri Gasing. Rancangan tersebut disiarkan di Astro Ceria sekitar 2007. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.