SETIAP kali kucing mengeluarkan bunyi atau mengiau, pasti ramai daripada kita menyangka si bulus lapar dan mahukan makanan daripada tuannya. Tahukah anda, sebab kucing mengiau ini juga bergantung kepada jenis dan usianya – dan bukanlah semata-mata ia mahukan makanan. Adakalanya, si bulus mengeluarkan suaranya sebagai bentuk komunikasi sesama mereka ataupun dengan manusia. Bagaimanapun terdapat sesetengah kucing seperti kucing siam yang dikenali sebagai kucing yang cerewet akan lebih kerap mengiau. Namun, perkara yang harus anda perhatikan adalah apabila kesayangan anda itu mengiau tanpa henti. Berikut adalah empat sebab mengapa ia mengiau tanpa henti;
Penyakit.Jika anda mendapati kucing anda mengiau tanpa henti, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Ia mungkin disebabkan ia sakit atau terlalu lapar dan haus yang membuatkan perutnya sakit. Mahukan perhatian. Kebiasaannya, kucing tidak suka bersendirian, ia akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang lain atau tuannya. Kucing juga akan mengiau untuk ajak bermain, berkomunikasi, bermanja dan sebagainya. Jadi jika anda tidak mahu ia berbuat bising, sila respons dan penuhi permintaannya.
Tertekan. Bukan sahaja manusia tetapi si bulus juga boleh berasa tertekan terutamanya jika berlaku perubahan dalam hidupnya seperti mempunyai tuan baru, kehadiran kucing lain atau merasakan persekitarannya tidak selamat.Cara kucing mengurangkan stres adalah dengan mengiau. Cara paling mudah adalah dengan berikan perhatian kepadanya dan cuba membelainya agar ia tenang. Menegur. Pasti anda pernah melihat kucing yang lalu tiba-tiba mengiau kepada anda dan terus berlalu pergi, bukan? Sebenarnya tindakannya itu adalah untuk menegur anda dan ia adalah tanda mesra yang ingin disampaikan kepada orang yang baharu ditemuinya atau tuannya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.