Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan kini sedang reda dalam mengalami kifarah. Perkara itu didakwa oleh isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz dalam sesi live di TikTok baru-baru ini. Biarpun Nur Nilam tidak menjelaskan sebarang perincian mengenai kifarah yang dialami oleh Ira Kazar, Nur Nilam hanya menjelaskan bahawa Ira kini sudah reda dan ikhlas atas ujian yang dilaluinya. Dalam sesi live tersebut, dilihat Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, khusyuk menelaah telefon bimbitnya di sisi Nur Nilam. Malah, Ira kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi terhadap luahan Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum. Dengan kenyataan yang diberikan Nur Nilam, ia telah mengundang tanda tanya warganet berkenaan dengan kifarah yang diperkatakan itu. Klik sini untuk lihat video.
Malah ada juga warganet memberikan reaksi kurang senang melihat kemunculan Ira Kazar sehingga ada di kalangan warganet meminta dia untuk beredar dari siaran langsung itu, lapor Berita Harian. Biarpun dihujani komen negatif, Ira dilihat tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.