Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kecewa apabila perkongsiannya mengenai nasib penduduk Palestin di platform Instagram sudah mula disekat. Menurut Siti, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya dan pihak Yayasan Nurjiwa untuk meneruskan ‘perjuangan’ kecilnya. “Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block, tak mengapa usaha diteruskan,” tulisnya ringkas.
Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Rabu. Dalam hantaran sama, Siti berharap agar sosial medianya tidak diusik kerana ini adalah ruang untuknya menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Nurjiwa iaitu badan amal yang diusahakan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. “Alhamdulillah, besar amanah Yayasan Nurjiwa untuk terus menyalurkan sumbangan anda semua. Setiap tangan yang menghulurkan kami terima dengan keikhlasan dan kami akan salurkan secara berterusan
Saya harap sosial media saya masih tidak ‘diusik’ kerana ini adalah ruang yang saya ada untuk terus meneruskan perjuangan kecil dengan amanat ‘besar’ ini. Bantu kami semua Ya Allah… Lindungi saudara kami di sana,” katanya. Sebelum ini, Siti giat membantu rakyat Palestin menerusi sumbangan dana kewangan untuk memastikan sumber bekalan makanan penduduk di negara bergolak itu tidak terputus. Malah, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini kelihatan tidak putus memantau perkembangan terkini peperangan yang dikhuatiri mengancam nyawa 50 anak angkatnya yang juga pelajar Sekolah Afwa Al Afiyah yang terletak di Gaza.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.