Pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya kini sedang hamil enam bulan. Ketika ditemui, Yana berkata dia tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum. “Sebelum ni hamil anak yang pertama dan kedua suami yang umumkan, tapi yang ketiga ini saya tak umumkan pun. Tapi tidak boleh juga nak sorok perut ni, kalau siapa yang nampak kemudian saya memang akan cakap tengah hamil. Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin.” Yana berkata demikikan ketika ditemui pada majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC, pada Jumaat. Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Norliana Samsudin, 39, mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali.
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam saya lepak dan rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital. Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A.” Dalam pada itu, Yana berkata dia akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah operasi. “Saya tidak digalakkan untuk bersalin cara normal, sebab dua kali sebelum ini saya melalui kaedah operasi (caeser). Untuk info, Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit Fadzil Zahari pada Februari 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3.
Sementara itu, ketika ditanya tentang idea untuk menghasil minuman susu oat Bagoos, Yana berkata, dia mahu mendidik masyarakat untuk mengambil pemakanan yang lebih sihat serta berkhasiat. Kata Yana lagi, dia sedar keputusan diambil untuk mengeluarkan produk minuman oat ini sangat berisiko kerana ia bukanlah makanan ruji masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa dengan nasi lemak, roti canai, teh tarik terutama ketika bersarapan di waktu pagi.
“Di sinilah cabarannya, kalau di Eropah minuman oat memang sangat popular sangat berbeza dengan orang di sini. Jadi, saya perlu educate mereka untuk memulakan hari dengan sesuatu yang lebih berkhasiat. Saya tidak kata kita perlu tinggalkan nasi atau apa sudah menjadi kebiasaan, tetapi tidak salah jika kita tukar kepada minuman susu oat Bagoos yang lengkap nutrisinya.
“Sekurang-kurangnya para ibu selepas ini tak pening dah nak sediakan sarapan kerana minuman susu oat Bagoos mudah disediakan dan mengenyangkan. Pagi-pagi seisi keluarga sudah bertenaga dan dapat nutrisi lengkap.” Tambah Yana, untuk menghasilkan minuman susu oat Bagoos, dia telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk selama hampir setahun. Katanya, minuman susu oat Bagoos merupakan produk minuman tanpa tenusu dan krimer serta sangat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang mempunyai penyakit ekzema.
Minuman susu oat Bagoos dikeluarkan dengan tiga pilihan perisa iaitu minuman susu oat Bagoos oatmilk drink chocolate, oatmilk drink dates dan oatmilk drink with oat and chia seeds. Setiap kotak mengandungi 12 peket yang boleh diminum segera dengan sekali bancuhan. Semua nya diperbuat dari bahan Premium. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.