Seorang pemuda, Ariff Luqman Peter Lisut yang pernah tular tinggal di dalam kereta meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelesaikan hutang bernilai RM1.2 juta. Memetik laporan Harian Metro, pemuda berusia 27 tahun bersyukur dan berterima kasih kerana hutang tersebut dapat dilunaskan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang tanpa henti membantunya. Ariff Peter berkata, sejak kisahnya tular, ia hasil bantuan orang ramai sudi menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkannya di media sosial.
“Sebelum ini, semua hutang dilunaskan hasil perkhidmatan yang saya tawarkan dan baki RM30,000 lagi dibantu rakan perniagaan kerana mereka percaya, jika saya mampu fokus dengan bisnes tanpa bebanan hutang. Mereka yakin perniagaan bersama ini mampu pergi lebih jauh dan berjaya,”ujarnya. Tambah Ariff Peter, kehidupannya kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini, selain sudah tinggal di sebuah rumah terletak di Cheras. Malah, dia kini membuka peluang perniagaan kepada orang lain dan bersyukur berjaya keluar daripada belenggu hutang yang membebankan sepanjang lebih dua tahun.
“Saya berterima kasih kepada Harian Metro kerana menjadi pencetus kejayaan dalam menyelesaikan bebanan hutang ini. Perkhidmatan yang saya tawarkan juga digunakan dengan meluas kerana bantuan daripada media sosial dan massa. Saya yakin jika media sosial digunakan dengan betul, ia mampu untuk membantu kita, namun bergantung perspektif masing-masing. Saya berjaya keluar daripada bebanan hutang dengan melaluinya dan pemasaran,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Ariff Peter menolak bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pempengaruh, Aisar Khaled kerana dia enggan menerima sesuatu tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Ariff juga dilaporkan terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang satu-satunya harta miliknya selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu. Pemuda itu dibelenggu hutang kerana menerima tawaran untuk menjadi muka depan kepada satu syarikat pelaburan mata wang digital.
Namun disebabkan kejatuhan mata wang digital, pihak syarikat tersebut menghilangkan diri dan meninggalkan Ariff yang mengambil keputusan untuk menggalas kesalahan itu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.