Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai patung David yang dijadikan perhiasan rumah oleh seorang pempengaruh. Menerusi sebuah video tular, dipaparkan beberapa tangkap layar menunjukkan sebuah patung ukiran barat yang terlihat di ruang tamu dan bilik tidur pempengaruh tersebut. Melihat ramai yang mendakwa patung hiasan itu merupakan patung David, seorang pengguna TikTok bernama Kak Dya berkongsi sedikit mengenai asal usul dan sejarah patung tersebut. Menurutnya, patung David diukir oleh artis Itali yang sangat popular pada abad ke-16, Michelangelo.
Katanya, patung itu dicipta untuk menggambarkan Raja David yang tidak pandai berperang dan sanggup mengorbankan dirinya untuk melawan raksasa demi menyelamatkan Israel. Dia juga menjelaskan patung David tidak sama dengan patung Apollo yang melambangkan Tuhan Yunani. “Sementara itu, patung Apollo pula adalah dewa muzik, ramalan, panahan, penyembuhan dan juga Tuhan untuk lelaki yang belum berkahwin,” katanya. Bagaimanapun, dia menasihati adalah lebih baik sebagai orang Islam elakkan daripada menjadikan patung sebagai bahan perhiasan di dalam rumah.
“Walaupun niat adalah untuk seni, namun niat tidak menghalalkan cara,” ujarnya. Hukum meletakkan patung di dalam rumah. Merujuk laman rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan semata-mata adalah haram berdasarkan panduan hadis. Melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Talhah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksud: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” – Riwayat Bukhari & Muslim.
Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang. Pun begitu, patung mainan kanak-kanak yang tidak diagungkan dan dimuliakan pula dibolehkan tetapi dengan syarat ia bukan patung yang besar. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.