Isteri kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Hanis Zalikha berkongsi di Instagram mengenai keadaan kesihatan bapanya yang sebelum ini pernah terjatuh dan kepalanya terhentak sehingga mengakibatkan ingatannya terganggu. Menerusi perkongsian di Instagram, Hanis memberitahu selepas kejadian itu, bapanya terus dibawa ke hospital untuk melakukan X-Ray dan imbasan CT. Namun keputusan tidak menunjukkan sebarang masalah. Tetapi siapa sangka, selepas tempoh dua hingga tiga minggu berikutnya, mereka mendapati drh sudah mula terkumpul pada bahagian otaknya.
“Daddy sedar sesuatu tak kena selepas hampir sebulan jatuh, bila dia tiba-tiba tak boleh gerakkan kaki kanan. Macam lagging. Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, bila anggota belah kanan yang terjejas, kita tahu mesti akan libatkan otak. Saya ambil daddy dan tanya dia tentang trip dia ke Acheh baru-baru ini, dia jawab ‘Bila masa Daddy pergi Acheh?’, Ya Allah, daddy yang saya kenal selama ni seorang yang sangat peka dan berpendirian, tiba-tiba sangat blur dan slow. Jawab pun sepatah-sepatah.”
Selepas menyedari perubahan itu, Hanis berjumpa dengan tiga pakar perubatan termasuk pakar bdh saraf. Akhirnya, bapa Hanis telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani operasi. “Daddy kemudian beritahu keluarga ‘Daddy tadi drive sendiri datang sini’. (sedangkan Hanis yang bawa ke hospital) Saya terkedu dan bimbang, takut lagi lambat ni, lagi banyak memori dia hilang. Atas izin Allah SWT operasi otak telah berjalan dengan lancar. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.
Sekadar info, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.