Penyanyi Aiman Tino mengakui tidak selesa apabila terdapat peminat cuba bermesta dengannya meskipun dia kini berstatus suami orang. Pemilik nama Mohammad Aiman Yusri berkata, dirinya masih berdepan dengan situasi ‘peminat perempuan menggedik’ walaupun pada ketika itu isterinya, Che Syarah Haifa berada bersebelahan dengannya. “Masih ada peminat yang cuba mendekati atau menggedik. Contoh macam cuba pegang tangan walaupun isteri saya ada di sebelah,”ceritanya.
Aiman bagaimanapun tidak menganggap isu tersebut sebagai perkara yang serius selain memiliki isteri yang memahami kerjayanya sebagai selebriti. dia tidak mengganggap hal tersebut sebagai isu yang serius. “Adakalanya saya sendiri sampai rasa tidak selesa. Jika ada peminat yang cuba terlalu rapat, isteri saya akan menegurlah tetapi sebagai penyanyi saya akan cuba melayan peminat sebaik mungkin,”kata Aiman. Meskipun isterinya bersikap profesional, Aiman tetap sedar dengan status dirinya sebagai seorang suami dan perlu meletakkan batas bersama peminat.
“Sebelum ini mungkin saya suka bersikap mesra dengan peminat, sekarang saya meletakkan batas dan lebih berjaga-jaga. Orang pun hormat sebab sebelah saya ada isteri. Sendirilah ingat sudah jadi suami dan ada isteri tidak boleh seperti dulu lagi,” kongsi Aiman. Aiman juga mengakui kehidupan berumah tangga penuh dengan cabaran selain pernah tidur di ruang tamu ketika isterinya sedang marah.
Selorohnya, sebelum ini dia pernah melihat ibu bapanya berdepan dengan situasi berkenaan. Namun, tidak menyangka pada kali ini dirinya pula merasai pengalaman tersebut. “Kami masih difasa mengenali dan perlu banyak bertolak ansur serta mengalah dengan isteri. Pernah juga saya di luar (ruang tamu) dan isteri di dalam bilik sebab dia tengah marah. “Saya tunggu dia sejuk dahulu barulah pujuk.”katanya lagi. Disoal mengenai zuriat, mereka menyerahkan segalanya kepada takdir kerana tidak tergesa-gesa untuk menambah bilangan ahli keluarga.
“Saya serahkan pada takdir, jika dapat cepat kami terima. Kami merancang untuk ada tiga atau empat anak sahaja. Walaupun keluarga saya besar dengan 11 adik-beradik, tetapi saya tidak mahu anak yang begitu ramai. Sekarang bukan mudah untuk besarkan anak dengan ekonomi yang cukup mencabar,” luah Aiman lagi. Sekadar info, Aiman Tino telah selamat diijab kabulkan bersama, Che Syarah Haifa Che Isa pada 27 April lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di ibu kota.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.