HUBUNGANÂ penyanyi Nourul Wahab dan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah sudah kembali pulih seperti sedia kala. Penyanyi dan komposer Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, memberitahu mereka sudah berhubung dan saling bermaaf-maafan atas kemelut yang melanda sebelum ini. “Mereka sudah berbaik… Ayu maklumkan kepada saya dia sudah menghubungi mamanya (Nourul). Mereka sudah bermaaf-maafan. “Alhamdulillah hubungan mereka sudah jernih. Biasalah kisah ibu terasa hati ini, tiada apa yang serius pun,” katanya.
Ajai mengulas mengenai hubungan Ayu dan bekas isterinya itu ketika ditemui pada majlis pelancaran rakaman semula lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian Aufahanie yang berlangsung di Petaling Haya pada Jumaat. Dalam pada itu, Ajai menegaskan dia tidak pernah masuk campur mengenai kemelut yang berlaku di antara Nourul dan Ayu selama ini. “Bagai saya dua-dua sudah dewasa dan boleh keputusan sendiri. Kalau bab gdh antara ibu dan anak ini, saya dah faham sangat. “Mereka drh daging, mesti akan berbaik kalau ada masalah,” ujarnya.
Sementara itu, Ajai enggan mengulas dakwaan faktor Ayu tinggal bersama pelakon Datin Seri Maria Farida menjadi punca perbalahan di antara Nourul dan anaknya. Sebaliknya kata Ajai, Ayu sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada aktres berkenaan namun kini sudah mempunyai pekerjaan tetap. “Ayu pernah jadi pembantu peribadi Maria Farida tetapi selepas dia ada kerja tetap dalam bidang zoologi, Ayu sudah duduk di rumanya sendiri,” jelasnya. Tambah Ajai, sebagai bapa dia turut menyokong dan merestui hubungan cinta Ayu bersama anak Maria iaitu Mizan Ashley.
Malah kata Ajai, dia terbuka sekiranya pasangan itu sudah bersedia mendirikan rumah tangga namun menasihatkan agar mereka berdua menstabilkan kehidupan dan karier terlebih dahulu. “Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong… Umur dia pun sudah semakin meningkat. Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja terlebih dahulu… Untuk bakal suami Ayu, stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.