Patutlah muat naik video menangis, rupanya Intan Salleh kena saman dengan individu berkaitan dengan status lama

Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Salleh memberitahu dirinya disaman oleh seorang individu mengenai status hantaran lamanya di media sosial. Menerusi perkongsiannya di Instastory, dia membuat keputusan untuk lawan dan menyaman semula individu tersebut. “Bagi yang bertanya kenapa bonda macam ni, ye bersebab dan sebabnya adalah bonda disaman berkaitan status yang pernah dibuat dulu dan Insya-Allah bonda juga akan membalas dan saman balik,” ujarnya.

Meskipun tidak memaklumkan individu yang menyaman, tetapi Intan seakan memberi gambaran tentang seseorang yang pernah ada sejarah dalam kehidupannya. “Bagi yang berkata teruskan kehidupan atau sebaliknya, bonda rasa kalian pun sedia maklum bonda sedaya upaya meneruskan kehidupan dengan keluarga dan sedaya upaya ignore segala, sedaya upaya menjaga mental health. “Tapi itulah dugaan tetap akan datang, selagi kita hidup selagi tu dugaan tetap ada,” katanya. Menurutnya lagi, individu tersebut sentiasa bercerita mengenai dirinya kepada orang lain.

“Ibarat kitalah punca segala dan apa hal bonda yang tiada kaitan pun sibuk diambil tahu. Habis segala cerita dicerita dekat orang tak sepatutnya. Takpe! Maaf buat suami, keluarga dan keluarga mentua kalau ini atau hal yang seterusnya akan memalukan atau sebaliknya. Cuma kadang terasa tak adil bila kita semua tak kena!,” jelasnya geram. Sementara itu di hantaran lain, dia tidak peduli dengan aib yang dihebahkan dan meminta individu itu untuk berdamai dengan diri sendiri.

“Apa pun aib yang cuba dihebahkan Alhamdulillah buat la kalau itu yang kau rasa puas. Bukan cuba tapi memang dah pun. Takpe. Buatlah untuk kepuasan diri. Cuma minta satu cubalah berdamai dengan diri sendiri. Lihat diri sendiri,” pesannya. Terdahulu, Intan dituduh masih tidak ‘move on’ oleh Izreen Azminda kerana memuat naik gambar bekas suaminya, Ude Wahid sekaligus tindakannya itu seakan tidak menghormati suami baharunya, Aizam.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.