Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin meluahkan rasa syukurnya kerana usia perkahwinannya bersama pemain bola sepak tanah air, Safawi Rasid genap setahun. Perkara itu telah dikongsikan oleh Syifa menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam. Dalam perkongsian tersebut, Syifa turut berkongsi gambar keluarga kecilnya bersama anak sulung mereka, Saif Sulaiman. “MashaAllah Tabarakallah, setahun sudah mengikat tali perkahwinan. Alhamdulillah, rasa macam baru je pening-pening susun meja RSVP. Pregnant January 23 bersalin September 23 , penuh tahun 2023 ni, Alhamdulillah,” tulisnya.
Sementara itu, Syifa juga sempat memohon kepada orang ramai agar mendoakan keberkatan dan kebahagiaan buat keluarga mereka. “Doakan keluarga kecil kami dijauhi perkara perkara yang tak baik, sentiasa diberkati dan bahagia. Happy anniversary Daddy Aaif, hadiah anniversary you dapat dah kan?. Waiting for mine,” katanya. Terdahulu, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Saif Sulaiman.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.