SELEPAS sah bergelar isteri, penyanyi Nabila Razali mengakui berasa janggal apabila disapa dengan gelaran puan ketika bertemu dengan orang ramai. Cerita Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, momen awkward itu berlaku semasa dia diundang membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini. “Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan? “Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya.
Nabila berkongsi perkara itu semasa pelancaran single terbaharu berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama jenama Nada. Dalam masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mendedahkan tidak ada lagi peminat menegurnya dengan gaya tangan cumi-cumi (mini love). “Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi. “Tetapi bila saya berkahwin, tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya,” ujarnya.
Ditanya kehidupan hariannya sebagai isteri, Nabila berkata sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat Nik Iruwan memandangkan jadual kerja yang padat. Kata Nabila, dia tidak sabar ingin menyediakan masakan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami tercinta “Saya teringin nak masak sambal jawa. Saya tidak sabar untuk masaknya kepada suami. Itu menu pertama yang saya ingin masak buat suami,” ujarnya. Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.