Persengketaan antara penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu termasuk dua rakan industri iaitu Lan Solo dan Syura Badron akhirnya selesai semalam apabila mereka mengambil pendekatan untuk bermaafan. Menerusi tinjauan di ruangan komen Instagram (IG) sebuah portal hiburan, rata-rata peminat menyokong Siti Nordiana dengan menyifatkannya sebagai seorang kawan yang berhati mulia. Bagaimanapun, Syura dan Lan pula dihujani kritikan daripada warganet dengan mendakwa permohonan maaf mereka tidak ikhlas malah ada yang turut melabel mereka suka menyindir.
“Mudah je sebenarnya minta maaf, ini tak ego sangat. Dah buat salah berlagak. Bila rasa nak kalah baru nak minta maaf. Ikhlas ke diaorang mintak maaf, terus up status (IG) dia menganjing lagi ada, teruk perangai artis tu. Done unfollow mereka. Makcik pakcik bawang dah boleh boikot dah diaorang ni. Maafkan boleh. lupakan tidak. Lagi-lagi bila tengok gambar last tu dengan ayat sindiran lagi..ehh aku geram. Tapi tak apa, Nana baik, ramai sayang. Keep support Nana, unfollow yang dua ketul tu.”
Tidak berdiam diri, Syura dilihat membalas ringkas pada beberapa komen pedas yang ditinggalkan warganet. “Yakinnya kamu. Baiklah netizen yang serba tahu.” Terdahulu, Siti Nordiana bertindak memfailkan saman sebanyak RM2.5 juta terhadap lima individu tersebut dengan mendakwa mereka telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah ketika bersiaran langsung di IG sehingga menjejaskan imejnya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.