Penyanyi, Syura Badron memaklumkan yang dirinya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap netizen yang maki hamun kepadanya serta menggelarnya dengan pelbagai kata-kata kurang baik hanya disebabkan isu mahkamah tempoh hari. Menerusi Instagram Syura, mengatakan yang dia terima dengan hati terbuka tetapi janganlah sampai menghina dirinya. Dia juga meminta untuk orang ramai supaya mengambil pengajaran daripada apa yang telah dialami olehnya sebelum ini.
“Korang yang nak menegur, saya terima dengan hati terbuka. Tapi tak perlu sampai memaki dan menghina. Korang tak sedar ke yang korang juga tengah mengumpat sekarang? Ambil lah pengajaran dari apa yang dah saya alami. Saya juga takkan teragak-agak ambil tindakan kalau masih ada yang memaki dan menghina secara DM atau public! katanya.” Dalam pada itu, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 36 mengatakan yang dia sama sekali tidak kisah untuk ‘turun naik’ ke mahkamah jika ada pihak yang masih melakukan hal sama terhadapnya.
“Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian. Tunggu je surat lawyer dari saya,” ujarnya. Penyanyi lagu Nazam Berkasih itu memberikan masa 24 jam kepada warganet yang melemparkan pelbagai kata-kata jahat kepadanya termasuk menggelarnya sebagai penunggang agama untuk tampil sebelum dia membawa hal tersebut kepada peguamnya.
Hal tersebut susulan daripada kes mahkamah melibatkan lima sekawan yang dilayangkan saman oleh pihak penyanyi Siti Nordiana berkenaan dakwaan mengumpat sewaktu siaran langsung di IG live. Walau bagaimanapun, kes tersebut dianggap sudah berakhir setelah masing-masing memilih untuk berdamai dan bermaafan di mahkamah tempoh hari. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.