Hafidz Roshdi dikatakan bakal nikah sabtu ni, ini pula respon selamba dari bekas isteri

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri enggan ambil tahu tentang berita pelakon terbabit yang dikatakan bakal nikah dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada pada 16 Disember 2023. Memetik laporan dari Hibglam, Shu atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan yang dirinya sibuk menguruskan hal anak-anak dan keluarga sehingga tidak sedar dengan penularan kad jemputan perkahwinan Hafidz. “Saya tidak tahu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah. Saya sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak. Apa pun,saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah,” katanya.

Sejak semalam, nama Hafidz Roshdi kembali menjadi bualan apabila tersebarnya satu jemputan perkahwinan yang tertera namanya dengan wanita yang dikatakan menjadi punca rumah tangganya bersama Shuhada musnah. Walau bagaimanapun, kesahihan khabar angin berkenaan belum dapat dipastikan memandangkan tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Hafidz dan keluarga. Untuk rekod, pelakon filem Pusaka ini pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Namun, pada 26 Julai 2023, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam disebabkan kontroversi adanya orang ketiga dan dakwaan mencdrkn isteri awal tahun ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.