PELAWAK Saiful Zero memberitahu hasratnya untuk terus menetap ke ibu kota terbantut gara-gara isterinya iaitu Ashura Rudy berdepan masalah dokumentasi dan belum mendapat status kewarganegaraan yang sah. Saiful atau lebih mesra dengan disapa Melati berkata, dia kini dalam usaha melengkapkan proses dokumentasi bagi memudahkan pergerakan isterinya sekiranya ingin berpindah ke Semenanjung Malaysia. “Saya ada juga perancangan untuk tinggal di sini tapi keluarga semua menetap di Kudat Sabah sebab isteri warga Filipina.
“Macam Mark Adam tapi dia sudah dapat jadi warganegara cumanya isteri belum lagi sekarang ini dan sekarang tengah usaha untuk dapatkan status itu. Kalau sudah dapat mungkin mudah untuk saya pindah ke Kuala Lumpur, sekarang ini boleh datang ke sini cuma tidak lama paling lama pun sebulan saja dan mungkin sebelum puasa saya akan uruskan semuanya,” kata Saiful.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.