Siasatan berhubung kes pembnhan kanak-kanak autistime, Allahyarham Zayn Rayyan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Menerusi hantaran di Instagram (IG), ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi antara momen terakhir mereka bersama arwah iaitu sehari sebelum kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang. Menurut Ismanira anak sulungnya itu kelihatan sangat gembira ketika meluangkan masa bersama keluarga. “Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember. Ini last mommy dan daddy dapat bawa abang jalan-jalan.
Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan..dapat pusing-pusing mall makan-makan, memang happy sangatlah dua beradik ni. Penat ke sibuk macam mana sekali pun mommy dengan daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan. Happy sangat abang waktu ini. Difahamkan ketika ini pihak berkuasa masih giat mencari bahan bukti terutama di kawasan perumahan Apartmen Idaman, Damansara Damai meskipun siasatan telah masuk hari ke sembilan. Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran apartmen tersebut. Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan polis mengesahkan punca pemergian mangsa adalah akibat dibnh.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.