Ibu kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Haniza Mohd Jabar enggan mengulas mengenai dakwaan anaknya bakal menamatkan zaman duda pada Sabtu ini. Menurut Haniza, dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen tentang berita perkahwinan tersebut. “Minta maaf sangat-sangat, saya tidak boleh nak komen lanjut tentang hal itu.” Bagaimanapun ketika ditanya sekiranya berita perkahwinan itu benar, adakah dia gembira bakal menerima menantu baharu, Haniza menjawab ‘alhamdulillah’.
Terdahulu, Hafidz dilaporkan bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Athira Yuhada pada 16 Disember ini. Berita perkahwinan itu menjadi bualan hangat warganet selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular. Menerusi butiran acara, majlis resepsi pasangan terbabit bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Selangor. Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Hafidz ketika ditemui pengamal media beberapa bulan lalu bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah berpisah pada 27 Julai lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.