Beberapa hari yang lalu, pelakon Hafidz Roshdi selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Glenmarie, Shah Alam. Sehari selepas itu, satu majlis resepsi telah diadakan oleh keluarga Hafidz bagi menyambut menantu yang telah dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua mempelai. Terbaharu, isteri kepada Hafidz, Athira dilihat memuat naik beberapa gambar memaparkan momen manis sepanjang majlis resepsi tersebut berlangsung. Klik sini untuk lihat video.
Kelihatan kegembiraan terpancar pada wajah kedua mempelai serta wajah ahli keluarga yang lain. Athira juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat semua kenalannya yang hadir memeriahkan majlis. “Terima kasih yang hadir ke majlis kami.” Terdahulu, Hafidz menamatkan teka teki mengenai perkahwinannya dengan Athira selepas mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihannyya itu pada Jumaat lalu. Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, Athira merupakan cinta pertamanya dan berdoa hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan berpisah pada 27 Julai lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.