Isteri baru kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada menyatakan dia sudah bersedia untuk menerima kerjaya suaminya sebagai seorang selebriti. Menerusi satu temu bual bersama Melodi TV3, Athira turut menyatakan kesyukurannya kerana telah sah menjadi isteri kepada Hafidz. “Alhamdulillah, segalanya berlancar dengan lancar. Saya dan Hafidz sekarang sangat bahagia. Sekarang saya dah sah bergelar isteri kepada Hafidz, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Athira juga menyatakan bahawa dia bersedia untuk berdepan dengan kritikan daripada pihak warganet selepas berkahwin dengan Hafidz. “Alhamdulillah, saya sudah bersedia,” ujarnya. Sementara itu, Hafidz dalam temu bual yang sama meminta agar orang ramai berhenti menghukumnya dengan kesilapan lalu sehingga melupakan kebaikan yang pernah dia lakukan. “Terima kasih kepada penyokong yang menyokong daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik kepada saya. Setiap manusia ada kesilapan, jangan kita hukum orang tu dengan satu kesilapan yang dia buat sehingga kebaikan dia kita dah tak nampak. Moga-moga, yang baik-baik untuk saya, isteri saya dan untuk orang yang mendoakan saya,” katanya.
Sekadar info, Hafidz mengejutkan orang ramai selepas mengumumkan perkahwinannnya bersama Athira yang telah berlangsung pada 15 Disember lalu. Malahan, aktor drama Melastik Ke Hatimu itu juga telah berkongsi di Instagram bahawa Athira merupakan cinta pertamanya. Pasangan tersebut telah berkenalan 14 tahun lalu ketika kedua-duanya masih berada di bangku persekolahan dan banyak meluangkan masa bersama.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.