Sebelum ini, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nur Syamimia tampil memohon maaf kerana menjadikan patung dewa Yunani (patung David) sebagai perhiasan di rumahnya. Syamimia berkata, kritikan dan teguran yang dilemparkan warganet telah membuka matanya lalu mengambil keputusan untuk membuang patung berkenaan. Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila pempengaruh itu dilihat masih menyimpan perhiasan tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, patung itu didapati masih berada dalam rumah Syamimia dan diletakkan di atas meja berdekatan televisyen. Menyedari dirinya bakal dikecam warganet, Syamimia dilihat menutup ruangan komen perkongsian tersebut. Pun begitu, video berkenaan telah dikongsikan semula warganet di platform X. Sekali lagi, warganet telah mengkritik dan mengecam tindakan pempengaruh itu selain menyifatkan dia telah berbohong.
Terdahulu, nama Syamimia teruk dikecam apabila didakwa bersikap natural mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.