TIKET konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada Khamis. Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terharu dengan sokongan peminat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang membeli tiket konsert berkenaan. Siti turut memohon maaf kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket ke konsert tersebut dan berjanji akan menghiburkan penonton pada persembahan akan datang sekiranya diberikan rezeki.
“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuh hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tidak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya… Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” katanya. Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat untuk merebut tiket konsert berkenaan.
Malah ada yang menyarankan untuk penyanyi itu menukar lokasi konsert ke tempat yang lebih besar. “Tokti (panggilan Siti) apa kata konsert ni cancel dari Axiata pergi tukar ke Bukit Jalil. Jadi, ramai lagi boleh beli tiket. “Awak (Siti) tu ada peminat beratus ribu tau. Tak sesuai buat di Axiata Arena. “Buatlah sehari lagi ekstra. Buat malam Sabtu. Pertimbangkan kami ini,” tulis warganet.
Selasa lalu, Siti mengumumkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024. Pengumuman itu membuatkan ramai peminat teruja selain menyatakan rasa tidak sabar menghadiri konsert tersebut. Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah pun mula dijual pada pukul 2 petang Khamis dengan harga serendah RM129 hingga RM799.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.