Selepas menjalani operasi memasukkan bateri atau perentak jantung pada minggu lalu di Hospital Sultan Idris Shah, pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengakui ada perkembangan positif terhadap tahap kesihatannya. Memetik laporan Berita Harian, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid memberitahu masih ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan seperti berdiri lama dan berjalan terlalu jauh tanpa bantuan orang lain.
“Baru seminggu lebih saya menjalani operasi dan luka masih perlu dicuci di hospital. Temujanji mendapatkan rawatan susulan saya masih perlu pergi, yang terdekat pada bulan depan. Selepas operasi nampak ada sedikit perubahan. Tapi, disebabkan saya banyak penyakit lain, jadi mungkin akan ambil masa. Setakat ini, saya kena jaga bahagian luka daripada operasi. Alhamdulillah pening pun semakin baik, cuma hendak berdiri lama masih tak boleh kemungkinan disebabkan sel drh merah kurang. Setakat berjalan dalam rumah boleh lagi, tapi kalau jauh kena guna kerusi roda.”
Berbicara mengenai kesan sampingan selepas operasi pula, Ebby berkata, dia mengalami bengkak pada kaki dan tangan, selain berdepan kesukaran untuk tidur. “Kesan sampingan ada juga sikit. Antaranya, bengkak pada kaki dan tangan selepas operasi, tapi sekarang Alhamdulillah sudah surut. Selepas operasi saya tak boleh tidur dan mungkin dalam tempoh sebulan hingga dua bulan ini, tangan tak boleh hendak angkat sangat.”
Ujar Ebby, dia bersyukur hampir keseluruhan kos operasi memasukkan perentak jantung ditanggung Kementerian Kesihatan (KKM). “Kos keseluruhan operasi adalah RM38,000, tapi KKM menampung sebanyak RM33,000. Baki dalam RM5,000 saya perlu keluarkan duit sendiri, tapi dengan bantuan keluarga dan rakan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.