Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil mengulas topik adab ketika melawat bayi sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet terutamanya para ibu. Perkara itu telah dikongsikan oleh Ayda menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Ayda juga sempat memberikan beberapa pesanan kepada para tetamu yang bakal menziarahi ibu yang sedang berpantang dan bayi yang baru lahir demi kesejahteraan tuan rumah.
“Topik best bagi parents! Jom share list adab melawat baby. Semoga manfaat dan berkesan. Adab Melawat Baby,” tulisnya. Kagum dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya terutama sekali para ibu bersetuju dengan topik yang diketengahkan oleh Ayda. Malah, mereka juga beranggapan kesedaran itu perlu dinormalisasikan kerana terdapat sesetengah pihak yang kurang peka terhadap situasi dan emosi ibu bapa yang baru menimang anak kecil.
Adab Melawat Baby. Jangan buat surprise tiber datang rumah! Beritahu awal bila nak datang. Jangan melawat kalau diri tak sihat lagi-lagi zaman covid ni. Minta izin kalau nak pegang baby & basuh tangan! Jangan main gendong je anak orang acik oi.. pastu ‘ala ringan nya anak kau dik.. tak minum susu ke’ atau ‘mak ai semangat anak kau! Macam kau jugak’ ek eh.. Dah dah dapat pegang baby, dia selfie pulak. Tak berhenti photoshoot. Tanya parents dia dulu ‘bole ke amik gambar baby ni?’ Sebab lepastu kita tau gambar tu akan di send ke sedara mara kawan jiran acik dan mungkin di upload. Minta izin dulu ya apa pun.
Nak masuk rumah orang bagi salam bagi yang Islam. Bukan ‘Yow whatsuppppp! Congrats doh!’ Jangan pakai perfume yang dari 3km boleh bau. Habis melekat bau kat baby orang. Seriously, as a parents, kita tak suka and tak bagus pun for baby. Take note! Bila baby nangis, jangan main sumbat je jari acik ke dalam mulut baby, ke cecepat nak angkat & dodoi hayun-hayun baby, nak bagi baby makan or minum air masak sebab tak jumpa susu. NO… Biar parents dia settlekan. JANGAN CIUM BABY. Kalau nak sangat, mintak izin. Kalau dapat, jangan cium muka baby lagi-lagi mulut and telinga. Please.. Cium jela tangan baby tu. Kuih keria yang acik makan tadi ada lagi melekat kat mulut tu, bole pulak dia beria cium baby. Kalau boleh jangan cium la senang cerita. Kalau dapat penyakit, baby & mak ayah baby yang merana.
Jangan comment bentuk badan ibu nya. ‘Eh kau macam tak kurus kurus je lepas beranak?’ ‘Perut kau macam tak kempis je dik’ Kalau nak kena cili, cubalah. Jangan sibuk tanya ‘minum susu apa? Susu badan ke formula?’ ‘Diaper apa ni? Babycot brand apa ni? Saya dulu pakai yang brand mahal ni bla3’ Baik diam je. Kita taktau kemampuan orang tu. Mommies and Daddies ada apa-apa nak tambah? Atau pengalaman orang melawat baby korang? Share please.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.