Perkongsian selebriti versatil, Alif Satar menjadi tumpuan di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif memuat naik foto dirinya ketika berkunjung ke sebuah masjid terkenal di Abu Dhabi iaitu Masjid Sheikh Zayed. Alif turut meluahkan rasa teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke masjid salah satu masjid terbesar dunia itu. Lebih bermakna, Alif turut bersyukur apabila dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut. “Alhamdulillah.. rezeki dapat solat in this beautiful mosque. Masya-Allah… memang lawa. Klik sini untuk lihat video.
Sini strict sikit, tak boleh tunjuk sign tangan bila bergambar atau buat video lebih-lebih… takpa, kita hormat peraturan dan undang-undang. Seronok dapat subuh berjemaah dengan #GengSubuhMacamJumaat cawangan Abu Dhabi!. Waktu solat pagi tadi, tengok lampu dia saja buat aku fikir ‘Kalau ni pun dah cantik, mahligai kat syurga nanti macam mana’ Kalau nak ambil gambar tak ada orang, pergi waktu solat Subuh” tulisnya teruja.
Namun, disebalik perkongsian positif tersebut, ada satu komen dari warganet yang menjadi tumpuan ramai apabila ada seorang warganet mendakwa Alif menyusahkan orang. Dakwa individu tersebut, kehadiran selebriti dikatakan sukar untuk diuruskan, malah mendakwa golongan selebriti sesuka hati membuat permintaan. “Nak datang tapi nyusahkan orang nak arrange. Adhoc plan. Ingat selebriti boleh ikut suka hati nak request itu ini,” tulis individu tersebut di ruangn komen.
Untuk info, #GengSubuhMacamJumaat adalah inisiatif Alif Satar untuk memupuk orang ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah di masjid. Kempen #GengSubuhMacamJumaat semakin mendapat perhatian ramai apabila usaha murni itu kini turut menjadi ikutan di seluruh negara termasuklah di negara jiran. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.