Tindakan pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video pendek di Instagram Story (IG Story) bersama seekor haiwan dipercayai anjing telah menyorot perhatian wargamet, semalam. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Sakinah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing itu. Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati. Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.