Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat beberapa perkongsian di Instagram Stories, antaranya bagaimana layanan seorang suami kepada isteri dan ujian terbesar isteri namun difahamkan, IG Stories tersebut kemudiannya telah dipadamkan, lapor Berita Harian. Perkongsian Instagram Stories penyanyi nombor satu Malaysia itu telah menyebabkan rata-rata peminat berspekulasi mungkin rumah tangga beliau dan suami bermasalah. Namun, dalam masa yang sama, ada juga peminat yang berpendapat mungkin ada orang yang TokTi kenal sedang mengalami masalah rumah tangga, jadi beliau berkongsikan IG Stories itu bagi pihak individu itu.
Walau bagaimanapun, spekulasi dan dakwaan peminat-peminat itu ternyata tidak betul apabila Siti Nurhaliza semalam kemudiannya memuat naik gambar beliau, suami dan anak-anak ketika sambutan hari lahirnya.
Menerusi perkongsian gambar keluarga beliau itu di Instagram. Siti Nurhaliza turut menulis kapsyen yang sekali gus menidakkan andaian warganet tentang rumah tangganya. “Haaa…suka gosip tau. Tak baik tau fikir bukan-bukan..uols ni pun,” tulisnya di Instagram. Difahamkan, gambar keluarganya itu telah diambil ketika majlis sambutan ulangtahun ke-45 Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Makan Malam Tahunan CTDK Group yang bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.