TIDAK hanya berdiam diri, pelawak Ali Puteh tampil memberi respon terhadap kenyataan Nor Hidayah enggan memberikan sebarang komen berhubung bayaran faraid yang dibangkitkan sebelum ini. Menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, tindakan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu mendiamkan diri disebabkan Hidayah sudah pun mendapat bayaran faraid. Pelawak itu sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak mengambil harta anak yatim seperti didakwa sebelum ini.
“Hehe memanglah malas layan sebab dah dapat (bayaran faraid) bulan lepas. Tak dapat meroyan buruk-burukkan orang. Maknanya aku tak makan harta anak yatim macam kau tuduh dulu… Lepas tu dah dapat jawab malas layan,” katanya. Ali berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. Kata Ali, dia bersyukur diberikan kesabaran sepanjang berdepan dengan kontroversi yang melibatkan dirinya dan bekas kakak ipar.
“Macam aku cakap sikit lagi Allah buka siapa di pihak benar. Terima kasih Allah berikan kesabaran ini,” ujarnya. Sebelum ini, Hidayah berkata dia menerima pelbagai pertanyaan daripada warganet berhubung bayaran faraid yang didakwa telah selesai dibayar. Enggan melayan kenyataan yang dikeluarkan Ali, Hidayah menyerahkan kepada wakil peguam untuk menyelesaikan isu tersebut.
Menerusi temu bual bersama mStar, pada Jumaat lalu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, meminta supaya bekas kakak iparnya itu tampil menjelaskan secara terperinci mengenai pembahagian harta milik arwah Abam yang diterima bagi membersihkan namanya. Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab. Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.