PEMPENGARUH media sosial dan usahawan Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila kes harta sepencarian yang dibicarakan di mahkamah akhirnya selesai. Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan bersama suami iaitu Alif Teega kini miliknya. “Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini. “Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim.
Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya ketika ditemui. Aisyah memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas perbicaraan kes berkenaan pada pagi Isnin. Dalam pada itu, Alif berkata, pemberian syarikat tersebut kepada isteri pertamanya itu bukan menunjukkan wanita itu seorang yang tamak.
Sebaliknya kata Alif, Aisyah layak mendapat hak penuh syarikat tersebut memandangkan ia diuruskan sendiri olehnya. “Apa yg kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak, nak bolot semua. Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” ujarnya. Ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua dikenali sebagai Fatin, Alif berkata, dia mempunyai bahagian yang tersendiri. “Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, dia (Fatin) tidak dapat apa. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat.
“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua tak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” ujarnya. Sebelum ini, Aisyah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami telah dipindah milik penuh kepada dirinya. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain. Dalam pada itu, Aisyah turut berkongsikan berita gembira apabila bakal melahirkan anak ketiganya pada Mac. “Alhamdulillah bulan depan Aisyah akan bersalin bayi perempuan. Pada awalnya pergerakan bayi sedikit perlahan. Akhir-akhir ini semakin baik,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.